Apa Itu Pokok Nipah?

Pokok Nipah?

Wujudkah manusia diatas muka bumi ini yang masih tidak mengetahui sedikit pun maklumat tentang pokok nipah? Mungkin ada segelintir yang tidak tahu tentang pokok nipah. Pokok nipah atau nama saintifiknya, Nypa fruticans merupakan satu-satunya pokok palma yang dikira sebagai pokok bakau. Tumbuhan ini mempunyai batang yang pendek dan pada hujung batang ini terdapat pelepah daun yang panjangnya sehingga 6 meter. Tumbuh di kawasan hutan paya bakau atau berdekatan dengan tempat pasang surut air laut.

Apa kegunaan pokok nipah? apa manfaat pokok nipah ini?

Hampir keseluruhan bahagian pokok nipah memberikan manfaat, bermula daripada pucuk sehinggalah ke akar pokok tersebut yang memiliki kelebihannya tersendiri.Pucuk nipah dijadikan rokok daun manakala daun pokok nipah yang tua digunakan sebagai atap rumah sejak dari dulu lagi namun kini, setelah zaman kian berubah, rumah-rumah tidak lagi menggunakan daun nipah sebagai atap. Buah nipah yang masih muda dan memiliki pulun amat sedap dijadikan sebagai kerabu buah nipah yang kebiasaannya boleh didapati di negeri Kelantan, dan sekiranya buah yang mempunyai isi didalamnya boleh dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis. Bagi buah nipah yang tua dan keras, akan digunakan sebagai benih untuk tujuan pembiakan. Bunga nipah juga amat sedap dibuat kerabu bunga nipah. Mengikut amalan orang tua-tua dahulu, batang nipah, sekiranya dikikis dan serbuk itu boleh membantu menghentikan pendarahan. Di Kalimantan, akar nipah dibakar sebagai arang untuk dijadikan sebagai ubat sakit gigi dan sakit kepala. 





Disamping itu juga, akar nipah juga dikatakan boleh merawat darah tinggi dan juga kencing manis. Namun begitu, hal ini belum dapat dipastikan kerana tiada kajian yang terperinci yang dilakukan. Manfaat yang paling umum ketahui ialah mayang ataupun tandan nipah mengeluarkan air yang dikenali sebagai tuak ataupun nira yang juga akan menghasilkan cuka sekiranya diperam lebih lama. Nira ini juga dapat menghasilkan manisan  nipah.



                                                        (Pokok Nipah)

(Buah Nipah)

(Daun nipah dijadikan atap)

(pucuk nipah)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Air Nira Nipah Asli

Proses Membuat Nira Nipah