Posts

Manisan Nipah Asli Qarimah

Image
Manisan Nipah atau Gula Apong Manisan nipah atau dikenali sebagai gula apong di Sarawak. Perbezaan manisan nipah dan gula Melaka ialah gula Melaka dihasilkan daripada nira pokok kelapa. Manakala manisan nipah dihasilkan daripada nira pokok nipah. Penggunaan manisan nipah amat sesuai digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan boleh digantikan dengan gula. Kebanyakkan manisan nipah digunakan untuk membuat pelbagai jenis kuih muih tradisinal. Khasiat manisan nipah ini dapat mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Kegunaan Manisan NIpah - Digunakan dalam minuman seperti ais kacang, cendol dan sebagainya. - Boleh digunakan dalam membuat kuih muih tradisinal seperti onde-onde, lepat pisang, kuih cincin dan lain-lain.. - Boleh digunakan dalam masakan seperti bubur dll.

Air Nira Nipah Asli

Image
Nira nipah ialah sejenis manisan yang diminum begitu sahaja tanpa diproses (dimasukkan bahan pengawet). Nira yang segar mengandungi 'sukros' dan protein yang berguna. Nira nipah mempunyai pelbagai khasiat yang tidak terhingga. Khasiat Nira Nipah : - menurunkan suhu badan yang panas - mencuci buah pinggang - melegakan sakit gastrik - menurunkan tekanan darah tinggi - mencegah obesiti - menyelesaikan masalah sembelit - mencuci usus - merawat deman - melegakan batuk sederhana - menyelesaikan masalah gout - membuang toksik - merawat migrain

Proses Membuat Nira Nipah

Image
Terdapat beberapa cara atau langkah yang wajib dilakukan dalam pemprosesan nira nipah. Langkah pertama ialah tandan disadat dengan memilih pokok nipah yang sesuai untuk mendapatkan air nira nipah. (tandan disadat) Langkah kedua ialah memasukkan botal, plastik atau bekas untuk menadah air nira setelah dipangkas pokok nipah tersebut. Bekas tersebut dimasukkan ke dalam batang pelepah pokok nipah untuk mendapatkan air nira. (air nira ditadah) Langkah yang ketiga ialah air-air nira dikutip daripada tempat yang ditadah itu serta dikumpulkan dan disatukan di dalam bekas yang besar untuk diproseskan sebagai air nira. (air nira diproses) Setelah air nira siap diproses, air nira tersebut akan disimpan di dalam botal. (air nira disimpan di dalam botol) Langkah seterusya proses pembungkusan air nira ke dalam botal-botal untuk dipasarkan. (proses pembungkusan) Air nira nipah siap dibotolkan dan bersedia untuk dipasarkan. (Air nira untuk dipasarkan)...

Apa Itu Pokok Nipah?

Image
Pokok Nipah? Wujudkah manusia diatas muka bumi ini yang masih tidak mengetahui sedikit pun maklumat tentang pokok nipah?  Mungkin ada segelintir yang tidak tahu tentang pokok nipah.  Pokok nipah atau nama saintifiknya, Nypa fruticans merupakan satu-satunya pokok palma yang dikira sebagai pokok bakau. Tumbuhan ini mempunyai batang yang pendek dan pada hujung batang ini terdapat pelepah daun yang panjangnya sehingga 6 meter. Tumbuh di kawasan hutan paya bakau atau berdekatan dengan tempat pasang surut air laut. Apa kegunaan pokok nipah? apa manfaat pokok nipah ini? Hampir keseluruhan bahagian pokok nipah memberikan manfaat, bermula daripada pucuk sehinggalah ke akar pokok tersebut yang memiliki kelebihannya tersendiri. Pucuk nipah dijadikan rokok daun manakala  daun pokok nipah yang tua digunakan sebagai atap rumah sejak dari dulu lagi namun kini, setelah zaman kian berubah, rumah-rumah tidak lagi menggunakan daun nipah sebagai atap.  Buah nipah yang masih muda...