Pak Su Kemumin Enterprise

Pak Su Kemumin Enterprise telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 20 Mac 2011. Pak Su Kemumin Enterprise diurusakan oleh Muhamad Syahril bin Ab Karim iaitu anak kepada pemilik perniagaan Pak Su Kemumin Enterprise. Pak Su Kemumin Enterprise merupakan sebuah perusahaan kecil yang menjalankan aktiviti memproses nira daripada nipah asli dan dijadikan sebagai cuka nipah dan manisan nipah.Produk kami telah di daftarkan dengan jenama Qarimah. Perusahaan ini merupakan sebuah syarikat berdaftar milik Bumiputera sepenuhnya yang menjalankan aktiviti memproses nira nipah yang terbesar di Kelantan.

Penubuhan Pak Su Kemumin Enterprise adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak masyarakat terhadap permintaan nira nipah, cuka nipah dan juga manisan nipah. Nira nipah yang dikeluarkan oleh perusahaan ini merupakan nira nipah organik tanpa campuran bahan pengawet. Nira nipah ini mendapat sambutan yang menggalakkan serta permintaan yang tinggi kerana kemanisannya yang asli secara semula jadi. Malahan, minuman nira nipah juga memberi manfaat kepada peminumnya keranamempunyai banyak khasiat seperti dapat menyegarkan badan serta dapat membantu melawaskan penghadaman.
            
Di samping itu, dengan wujudnya perusahaan Pak Su Kemumin Enterprise, terdapat beberapa peluang pekerjaan untuk penduduk kampung sekitar yang rata-ratanya bekerja sendiri, seperti Kampung Kemumin, kawasan Pantai Sabak, kawasan Kampung Pulau Gajah dan beberapa tempat lagi yang mana berdekatan dengan kawasan paya bakau hutan nipah iaitu sumber utama nira nipah ini. Antara peluang pekerjaan yang terbuka adalah sebagai penyadat nipah atau juga dikenali sebagai penoreh nipah. Para pekerja ini akan dilatih terlebih dahulu bagi meningkatkan lagi kemahiran menyadat atau menoreh nipah ini. Dalam masa sekarang, Pak Su Kemumin Enterprise mempunyai lima orang penyandat nipah yang mahir terdiri daripada orang kampung yang telah berkeluarga di Kampung Kemumin ini.


Kesimpulannya, penubuhan perusahaan Pak Su Kemumin Enterprise telah memberikan manfaat kepada masyarakat setempat. Hal ini sedikit sebanyak telah membuka mata pelbagai pihak terutamanya pihak kerajaan dan pihak NGO akan kepentingan perusahaan Pak Su Kemumin Enterprise.



Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Pokok Nipah?

Air Nira Nipah Asli

Proses Membuat Nira Nipah