Pokok Nipah dan Pokok Kelapa Adalah Sama ???

FAKTA MENARIK : POKOK KELAPA DAN POKOK NIPAH ADALAH SAMA ?

Betul ke pokok kelapa dan pokok nipah ni sama? Kenapa kedua-dua pokok ini dikatakan sama? Pokok kelapa dan pokok nipah dikatakan sama apabila dilihat daripada fungsi kedua-dua pokok itu. Pokok kelapa terkenal dgn pokok seribu guna begitu juga dgn pokok nipah. Pokok nipah ini juga merupakan pokok seribu guna. Sebatang pokok nipah itu bermula dari pucuk sehinggalah ke akar tersebut mempunyai fungsi dan kegunaannya tersendiri.

Pucuk nipah boleh dijadikan rokok daun yang dihisap oleh orang-orang "lama". Daun pokok nipah yang tua digunakan sebagai atap rumah sejak dari dulu lagi namun kini, setelah zaman kian berubah, rumah-rumah tidak lagi menggunakan daun nipah sebagai atap. Buah nipah yang masih muda dan memiliki pulun amat sedap dijadikan sebagai kerabu buah nipah yang kebiasaannya boleh didapati di negeri Kelantan, dan sekiranya buah yang mempunyai isi didalamnya boleh dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis. Bagi buah nipah yang tua dan keras, akan digunakan sebagai benih untuk tujuan pembiakan. Bunga nipah juga amat sedap dibuat kerabu bunga nipah. Mengikut amalan orang tua-tua dahulu, batang nipah, sekiranya dikikis dan serbuk itu boleh membantu menghentikan pendarahan. Di Kalimantan, akar nipah dibakar sebagai arang untuk dijadikan sebagai ubat sakit gigi dan sakit kepala.

Disamping itu juga, akar nipah juga dikatakan boleh merawat darah tinggi dan juga kencing manis. Namun begitu, hal ini belum dapat dipastikan kerana tiada kajian yang terperinci yang dilakukan. Manfaat yang paling umum ketahui ialah mayang ataupun tandan nipah mengeluarkan air yang dikenali sebagai tuak ataupun nira yang juga akan menghasilkan cuka sekiranya diperam lebih lama. Nira ini juga dapat menghasilkan manisan  nipah. Jika dilihat berdasarkan fungsinya, pokok nipah dan pokok kelapa merupakan pokok seribu guna.

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Pokok Nipah?

Air Nira Nipah Asli

Proses Membuat Nira Nipah