Posts

Showing posts from April, 2017

Pokok Nipah dan Pokok Kelapa Adalah Sama ???

FAKTA MENARIK : POKOK KELAPA DAN POKOK NIPAH ADALAH SAMA ? Betul ke pokok kelapa dan pokok nipah ni sama? Kenapa kedua-dua pokok ini dikatakan sama? Pokok kelapa dan pokok nipah dikatakan sama apabila dilihat daripada fungsi kedua-dua pokok itu.  Pokok kelapa terkenal dgn pokok seribu guna begitu juga dgn pokok nipah. Pokok nipah ini juga merupakan pokok seribu guna. Sebatang pokok nipah itu bermula dari pucuk sehinggalah ke akar tersebut mempunyai fungsi dan kegunaannya tersendiri. Pucuk nipah boleh dijadikan rokok daun yang dihisap oleh orang-orang "lama". D aun pokok nipah yang tua digunakan sebagai atap rumah sejak dari dulu lagi namun kini, setelah zaman kian berubah, rumah-rumah tidak lagi menggunakan daun nipah sebagai atap.  Buah nipah yang masih muda dan memiliki pulun amat sedap dijadikan sebagai kerabu buah nipah yang kebiasaannya boleh didapati di negeri Kelantan, dan sekiranya buah yang mempunyai isi didalamnya boleh dimakan begitu sahaja kerana rasanya yan

Produk Qarimah - tuak / nira nipah - cuka nipah - manisan nipah

Image
COD PRODUK NIPAH *Nira / tuak nipah (1 000ml) Kelantan                 : RM 15 sebotol (min 3 botol) Luar drpd Kelantan: RM 20 sebotol (min 5 botol) *Cuka nipah (1 000ml) Kelantan                  : RM 15 sebotol (offer 4 botol RM 55)*jimat RM 5 Luar drpd Kelantan : RM 30 sebotol (offer 4 botol RM 100)*jimat RM 20 *Manisan nipah (300ml) Kelantan                  : RM 15 sebotol (min 5 botol) Luar drpd Kelantan : RM 18 sebotol (min 5 botol) *kualiti terjamin *penghantaran sejuk beku *tanpa caj penghantaran *penghantaran terus ke rumah *penghantaran dlm masa 3 hari waktu kerja (cod luar drpd Kelantan)

Lokasi Kedai Kami

Image
Kedai kami menjual dan membekal produk berasakan nipah iaitu nira / tuak nipah asli, cuka nipah asli dan manisan nipah asli. Waktu operasi    : 9:30 pagi hingga 7 petang. Hari perniagaan : Setiap hari Fb                      : Air Tuak Qarimah Whatsapp          : 014-508 2406 (Pak Su)                             018-948 4882 (Idham) Alamat              : Lot 107, Kg Kemumin, 16100 Kota Bharu, Kelantan. #airtuakqarimah #tuak #nira #nipah #qarimah

Pak Su Kemumin Enterprise

Image
Pak Su Kemumin Enterprise telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 20 Mac 2011. Pak Su Kemumin Enterprise diurusakan oleh Muhamad Syahril bin Ab Karim iaitu anak kepada pemilik perniagaan Pak Su Kemumin Enterprise. Pak Su Kemumin Enterprise merupakan sebuah perusahaan kecil yang menjalankan aktiviti memproses nira daripada nipah asli dan dijadikan sebagai cuka nipah dan manisan nipah.Produk kami telah di daftarkan dengan jenama Qarimah . Perusahaan ini merupakan sebuah syarikat berdaftar milik Bumiputera sepenuhnya yang menjalankan aktiviti memproses nira nipah yang terbesar di Kelantan. Penubuhan Pak Su Kemumin Enterprise adalah bertujuan untuk memenuhi kehendak masyarakat terhadap permintaan nira nipah, cuka nipah dan juga manisan nipah. Nira nipah yang dikeluarkan oleh perusahaan ini merupakan nira nipah organik tanpa campuran bahan pengawet. Nira nipah ini mendapat sambutan yang menggalakkan serta permintaan yang tinggi kerana kemanisannya yang asli secara semula jadi. Malahan, m

Cuka Nipah Asli Qarimah

Image
Khasiat cuka nipah: -melawaskan suara dan menghilangkan serak yg menganggu kelunakan suara, menghilangkan batuk, memecahkan kahak -mengurangkan berat badan dan mengelakkan kelusuan badan -memulihkan sistem penghadaman -menstabilkan tekanan darah tinggi -menghancurkan lemak-lemak dalam badan menghilangkan sakit kepala(migrain) -mengempiskan perut secara perlahan -menyucikan pati rokok dalam badan Cara Kegunaan: - dimasukan dalam pelbagai masakan - boleh diminum satu sudu teh pada bila-bila masa - diminum satu bersama air suam/ais batu - rendaman kurma

Manisan Nipah Asli Qarimah

Image
Manisan Nipah atau Gula Apong Manisan nipah atau dikenali sebagai gula apong di Sarawak. Perbezaan manisan nipah dan gula Melaka ialah gula Melaka dihasilkan daripada nira pokok kelapa. Manakala manisan nipah dihasilkan daripada nira pokok nipah. Penggunaan manisan nipah amat sesuai digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan boleh digantikan dengan gula. Kebanyakkan manisan nipah digunakan untuk membuat pelbagai jenis kuih muih tradisinal. Khasiat manisan nipah ini dapat mengurangkan penyakit kencing manis dan darah tinggi. Kegunaan Manisan NIpah - Digunakan dalam minuman seperti ais kacang, cendol dan sebagainya. - Boleh digunakan dalam membuat kuih muih tradisinal seperti onde-onde, lepat pisang, kuih cincin dan lain-lain.. - Boleh digunakan dalam masakan seperti bubur dll.

Air Nira Nipah Asli

Image
Nira nipah ialah sejenis manisan yang diminum begitu sahaja tanpa diproses (dimasukkan bahan pengawet). Nira yang segar mengandungi 'sukros' dan protein yang berguna. Nira nipah mempunyai pelbagai khasiat yang tidak terhingga. Khasiat Nira Nipah : - menurunkan suhu badan yang panas - mencuci buah pinggang - melegakan sakit gastrik - menurunkan tekanan darah tinggi - mencegah obesiti - menyelesaikan masalah sembelit - mencuci usus - merawat deman - melegakan batuk sederhana - menyelesaikan masalah gout - membuang toksik - merawat migrain

Proses Membuat Nira Nipah

Image
Terdapat beberapa cara atau langkah yang wajib dilakukan dalam pemprosesan nira nipah. Langkah pertama ialah tandan disadat dengan memilih pokok nipah yang sesuai untuk mendapatkan air nira nipah. (tandan disadat) Langkah kedua ialah memasukkan botal, plastik atau bekas untuk menadah air nira setelah dipangkas pokok nipah tersebut. Bekas tersebut dimasukkan ke dalam batang pelepah pokok nipah untuk mendapatkan air nira. (air nira ditadah) Langkah yang ketiga ialah air-air nira dikutip daripada tempat yang ditadah itu serta dikumpulkan dan disatukan di dalam bekas yang besar untuk diproseskan sebagai air nira. (air nira diproses) Setelah air nira siap diproses, air nira tersebut akan disimpan di dalam botal. (air nira disimpan di dalam botol) Langkah seterusya proses pembungkusan air nira ke dalam botal-botal untuk dipasarkan. (proses pembungkusan) Air nira nipah siap dibotolkan dan bersedia untuk dipasarkan. (Air nira untuk dipasarkan)

Apa Itu Pokok Nipah?

Image
Pokok Nipah? Wujudkah manusia diatas muka bumi ini yang masih tidak mengetahui sedikit pun maklumat tentang pokok nipah?  Mungkin ada segelintir yang tidak tahu tentang pokok nipah.  Pokok nipah atau nama saintifiknya, Nypa fruticans merupakan satu-satunya pokok palma yang dikira sebagai pokok bakau. Tumbuhan ini mempunyai batang yang pendek dan pada hujung batang ini terdapat pelepah daun yang panjangnya sehingga 6 meter. Tumbuh di kawasan hutan paya bakau atau berdekatan dengan tempat pasang surut air laut. Apa kegunaan pokok nipah? apa manfaat pokok nipah ini? Hampir keseluruhan bahagian pokok nipah memberikan manfaat, bermula daripada pucuk sehinggalah ke akar pokok tersebut yang memiliki kelebihannya tersendiri. Pucuk nipah dijadikan rokok daun manakala  daun pokok nipah yang tua digunakan sebagai atap rumah sejak dari dulu lagi namun kini, setelah zaman kian berubah, rumah-rumah tidak lagi menggunakan daun nipah sebagai atap.  Buah nipah yang masih muda dan memiliki pulun